..I AM MARIA MARIANA GERIEM.BORN ON 27 APRIL 1996.JUST CALL ME MAYA.I'M PROUD TO BE SARAWAKIAN.PENGANTAR BAHASA MELAYU.IPG KAMPUS PULAU PINANG.

Tuesday 8 July 2014

BAHASA MELAYU KLASIK VS BAHASA MELAYU MODEN DARI SEGI TULISAN

MINGGU 3
Tutorial 1
07. 07. 2014 


BAHASA Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat berkembang di Nusantara. Oleh itu, bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara.
Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511), kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau. Bahasa klasik ini lebih jelas berbanding dengan bahasa kuno. Sebelum memasuki zaman Bahasa Melayu klasik,Bahasa Melayu telah mengalami satu zaman transisi yang dikenali sebagai Zaman Melayu Praklasik. Aksara digunakan pada zaman ini adalah skrip kawi. Abad ke-11 hingga abad ke-14.



aksara kawi


  • Pengaruh Islam dan Arab terhadap Bahasa Melayu amat ketara pada masa tersebut.  
             -budaya
             -tulisan



SUMBER
Penggunaan bahasa ini dapat dikenal pasti daripada beberapa sumber, iaitu batu bersurat, karya sastera dan agama, dan surat rasmi raja Melayu. 

.a. Batu Bersurat
Batu bersurat penting zaman ini ialah batu bersurat Kuala Berang. Batu ini ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, bertarikh 22 Februari 1303 Masihi, bersamaan dengan 4 Rejab 702 Hijrah. Kandungannya tentang perintah dan undang-undang Islam yang dikenakan terhadap rakyat dan pemerintah.


b. Karya Sastera dan Agama
Pada zaman Melaka, karya sastera yang penting ialah Sejarah MelayuHikayat Hang TuahHukum Kanun Melaka, dan Undang-undang Laut Melaka.


Ketika zaman Aceh, muncul karya sastera bercorak tasawuf, syair sufi, falsafah, dan ketatanegaraan. Antara karya yang penting ialah Syair DagangSyair Burung PingaiSyair Burung Pungguk, dan Syair Perahu karya Hamzah Fansuri; karya agama, Mirat al-Mukminin, dan Miratul Iman oleh Shamsuddin al-Sumaterani; Siratul Mustaqim, dan Bustan al-Salatin karya Syeikh Nuruddin al-Raniri; serta Mirat al-Tuluh karya Abdul Rauf Singkel.


Di Pulau Penyengat, Johor-Riau, muncul karya dalam bahasa klasik karangan Raja Ali Haji, antaranya Kitab Bustan al-Katibin (1857), Pengetahuan Bahasa(1859), Salasilah Melayu dan Bugis (1865), dan Tuhfat al-Nafis (1865).


Karya lain dalam bahasa Melayu klasik ialah Hikayat Raja-raja PasaiHikayat Merong MahawangsaHikayat Bayan BudimanMisa MelayuHikayat Negeri JohorKisah Pelayaran AbdullahHikayat Anggun Cik TunggalHikayat Awang Sulung Merah Muda, dan Hikayat Panji Semirang.




c. Surat Rasmi Raja Melayu
Surat raja-raja Melayu ini bertulisan Jawi dan dikirim kepada orang-orang Eropah atas urusan rasmi kerajaan.


Antara surat tersebut ialah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate kepada raja Portugal (1521 Masihi dan 1522 Masihi); surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada nakhoda Inggeris (1602 Masihi); surat Sultan Alauddin Shahkepada Kapten Harry Middleton (1602 Masihi), dan surat daripada Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat Aceh kepada King James I, England (1615 Masihi).


CIRI
Daripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat mengenal pasti beberapa ciri utama bahasa tersebut.

1. Huruf dan perkataan
a. Penggunaan huruf Jawi.
Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain untuk mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu cangagapa, dannya.


b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam.
  • Allah taala
  • daulat
  • wallahualam
c. Penggunaan bahasa istana:
  • beradu (tidur)
  • bersiram (mandi)
  • gering (sakit)
  • santap (makan)
d. Terdapat kosa kata klasik
  • berahi (cinta)
  • ceritera (cerita)
  • masyghul (sedih)
e. Penggunaan kata pangkal ayat
  • adapun
  • alkisah
  • arakian
  • hatta
  • maka
  • sebermula
  • syahadan

2. Sintaksis

a. Penggunaan ayat majmuk – ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan kata hubung.


b. Terdapat ayat susunan songsang 

c. Penggunaan ayat pasif.

Contoh penggunaan bahasa Melayu klasik dalam karya sastera:

"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara."



PERBEZAAN ANTARA BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU MODEN


BAHASA MELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU MODEN

1.    TIADA PERANCANGAN BAHASA
2.    BANYAK DIPENGARUHI OLEH BAHASA ARAB
3.    MENGGUNAKAN LARAS BAHASA SASTERA LAMA
4.    BANYAK MENGGUNAKAN AYAT PASIF DAN AYAT SONGSANG
5.    BANYAK MEMANFAATKAN BAHASA ISTANA
6.    AYAT BERULANG DAN BERBELIT-BELIT
1.MELALUI PROSES PERANCANGAN BAHASA YANG PESAT
2.BANYAK MENERIMA PENGARUH BAHASA INGGERIS
3.MENGGUNAKAN LARAS BAHASA YANG PELBAGAI
4.BANYAK MENGGUNAKAN AYAT PASIF
5.BANYAK MEMANFAATKAN KOSA KATA BAHASA MOD

SISTEM TULISAN DAN EJAAN BAHASA MELAYU KLASIK

Ø  Pada awal perkembangan, system tulisan yang digunakan masih menampakkan pengaruh kebudayaan India.
            a. Batu Bersurat Pagar Ruyung ( 1356M )
            b. Batu Bersurat Minye Tujuh ( 1380M )
Ø  Namun apabila kebudayaan Islam bertapak di Kepulauan Melayu, tulisan pada batu-batu bersurat mula menampakkan perubahan
Ø  Pada mulanya, Bahasa yang digunakan merupakan bahsa Arabdan tulisan Arab Kufi
Ø  Bukti pertama yang menunjukkan tulisan Arab mula digunakan dalam Bahasa Melayu terdapat pada Batu Bersurat Terengganu/ Sungai Teresat ( 1303M )
Ø  Tulisan yang digunakan ialah tulisan Jawi

TULISAN JAWI

•      Sistem tulisan yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri
•       Ditulis dari kanan ke kiri dan tidak mempunyai huruf besar dan huruf kecil
•       Bentuk huruf-hurufnya akan berubah apabila ditulis secaratunggal atau berantai/bersambung
•       Dalam Daftar Ejaan Melayu  oleh Za’ba, jumlah huruf yang terdapat dalam  sistem ejaan Jawi ialah 33 huruf

TATABAHASA BAHASA MELAYU KLASIK
  •     Ciri-ciri tatabahasa melayu klasik dapat ditinjau daripada aspek penggunaan perkataanimbuhan, dan struktur ayat
  •     daripada askpek penggunaan perkataan, Bahasa melayu klasik banyak menggunakan Bahasa istana, kosa kata klasik, kata pangkal ayat, partikel penegas, dan kosa kata daripada Bahasa arab



TULISAN MELAYU KLASIK VS MODEN BAHASA MELAYU KLASIK

HURUF JAWI
SEBUTAN
PADANAN HURUF RUMI
ا
alif
a
ب
ba
b
ت
ta
t
ج
jim
j
س
sin
s

HURUF JAWI TAMBAHAN YANG DICIPTA OLEH ORANG MELAYU SENDIRI DALAM BAHASAMELAYU MODEN

•      Pa      ( ف   )
•      Nga   (   غ  )
•      Ga     ( ک   )
•      Nya   ( ث   )
•      Ca     (  چ   ) 

PENGGUNAAN BAHASA ISTANA DALAM MELAYU KLASIK         

Bahasa Istana
Bahasa Biasa
Santap
Makan
beradu
tidur
gering
sakit
bersiram
mandi
baginda
Dia, beliau

PENGGUNAAN KOSA KATA KLASIK DALAM MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Moden
Masyghul
Dukacita, sedih
Berahi
Cinta
Ceritera
Cerita
Kemaluan
Kehinaan
Keras
Kencang

PENGGUNAAN KATA PANGKAL AYAT BAHASA MELAYU KLASIK

  •  Penggunaan kata pangkal ayat ( perdu kata ) dalam Bahasa Melayu Klasik pula terlihat menerusi penggunaan kata-kata sepertiAlkisahHattaSyahadan, dan Arakian


KOSA KATA BAHASA ARAB BAHASA MELAYU KLASIK

  •       Penggunaan kosa kata daripada Bahasa Arab terlihat melalui pemakaian kata-kata Allah taalamakhdumdaulat, wallahualam, takzim, ainulbanat, dan sebagainya.


IMBUHAN AWALAN/ AKHIRAN/PARTIKEL –lah, -pun

Bahasa Melayu klasik
Bahasa Melayu Moden
Batu pun habis berpelantingan
Manusia-wi
Dibawa-lah
Sub-judul
Mesra-lah
Auto-mobil




No comments:

Post a Comment

Bagi lah KOmen.^_^