..I AM MARIA MARIANA GERIEM.BORN ON 27 APRIL 1996.JUST CALL ME MAYA.I'M PROUD TO BE SARAWAKIAN.PENGANTAR BAHASA MELAYU.IPG KAMPUS PULAU PINANG.

Monday 14 July 2014

Fungsi Bahasa Melayu Klasik

MINGGU 4
Tutorial 2

14.07.2014


Bahasa Melayu Klasik memaainkan peranan/fungsi yang sangat besar pada zaman keagungannya dulu. Dalam hal ini, bahasa melayu klasik telah berfungsi sebagai bahasa perantaraan (lingua franca), bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa undang-undang, dan bahasa persuratan.


1. Bahasa melayu klasik sebagai lingua franca

  • sebagai lingua franca di alam melayu pada abad ke-16 dan dibuktikan daripada Daftar Kata Melayu-Itali
  • memudahkan urusan perdagangan pada masa tersebut
  • merupakan bahasa yang paling dihormati antara bahasa negeri Timur yang lain

2. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa pentadbiran
  • menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan
  • digunakan oleh kebanyakkan kerajaan untuk tujuan surat menyurat dalam kalangan raja di kepulauan melayu
  • bahasa melayu klasik juga digunakan dalam surat-surat izin perniagaan kepada pihak asing khususnya pedagang.
3. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa ilmu
  • semasa zaman kerajaan Acheh memperlihatkan cendekiawan melayu menghasilkan karya ilmu dalam tulisan bahasa melayu klasik
  • di Acheh, bahasa melayu digunakan dalam penulisan ilmu tasawuf dan falsafah islam
  • tokoh penulis pada zaman tersebut seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani dsb
  • karya-karya ilmu agama Islam yang wujud ketika itu seperti Syarab al-AsyikinMiratul Mukmin,Al-Siratul Mustaqim dan dsb
4. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa undang-undang
  • undang-undang digubal oleh penulis-penulis di istana atas arahan raja
  • dalam naskah undang-undang melayu lama dibicarakan tentang aspek perlembagaan berkaitan kedudukan raja dan pembesar, undang-undang jenayah, perdagangan, pertanian dan dsb
      Antara naskah undang-undang yang ditulis dalam tulisan melayu klasik:
       (i)    undang-undang Melaka
       (ii)   undang-undang Pahang
       (iii)  undang-undang Perak
       (iv)  undang-undang Johor

5. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa persuratan
  • peranan tersebut terbukti apabila terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa melayu
  • karya-karya klasik tersebut berperanan untuk menguatkan semangat rakyat dalam peperangan, misalnya Hikayat Muhammad Hanafiah
  • karya-karya yang ditulis juga menjadi sumber hiburan kepada rakyat bagi meredakan tekanan dan merehatkan fikiran mereka


No comments:

Post a Comment

Bagi lah KOmen.^_^