..I AM MARIA MARIANA GERIEM.BORN ON 27 APRIL 1996.JUST CALL ME MAYA.I'M PROUD TO BE SARAWAKIAN.PENGANTAR BAHASA MELAYU.IPG KAMPUS PULAU PINANG.

Thursday 14 August 2014

MORFOLOGI

Kuliah : 14.08.2014

MORFOLOGI ialah kajian tentang
  1. STRUKTUR
  2. PENGGOLONGAN KATA
  3. PEMBENTUKAN KATA
  4. MORFEM
  5. ALOMORF
  6. MORFEM KOSONG

  • Struktur - susunan bentuk bunyi, bunyi ujaran atau lambang (huruf a sebutannya a..)   
  • Pembentukan Kata - rupa unit tatabahasa sama ada tunggal atau tidak tunggal.
  • Penggolongan kata - kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi.
  • Morfem - unit tatabahasa yang paling kecil dan bermakna.

                                         



penggolongan kata

  1. KATA NAMA

                                    





2. KATA KERJA

                                    


3. KATA ADJEKTIF

                               
                      

4. KATA SENDI


                              









Sunday 10 August 2014

Pengaruh Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu

MINGGU 4
 tutorial : 24.07.14

1. Latar belakang peminjaman
- Bahasa Melayu mula menerima pengaruh asing sejak zaman bahasa Melayu kuno dengan menerima pengaruh bahasa Sanskrit, diikuti bahasa Melayu klasik menerima bahasa Arab dan bahasa Melayu moden menerima bahasa Eropah.
- Bahasa Melayu mudah menerima bahasa asing disebabkan bahasa Melayu itu sendiri yang bersifat dinamik. Peminjaman ini secara tidak langsung telah memperkaya kosa kata bahasa melayu.
- Peminjaman kosa kata aing ini melalui:
a. Peminjaman terus dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan. Contoh: psychology – psikologi
b. Peminjaman penterjemahan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu. Contoh : honeymoon – bulan madu.
- Ada beberapa sebab bahasa Melayu perlu meminjam kosa kata asing:
a. Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, konsep baru kerana tiada perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu:
Contoh: syurga, camca, mee, taubat.
b. Perkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa asing
Contoh: doctor (tabib), polis (mata-mata), radio (tetuang udara)
c. Sikap mengagungkan bahasa asing sehingga perkataan bahasa Melayu dianggap lapuk dan ketinggalan zaman
d. Kekerapan penggunaan bahasa asing yang lebih tinggi berbanding penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu kerana mempunyai maksud yang berbeza.
d. Untuk mengatasi masalah makna. Contoh perkataan riak tidak boleh digantikan dengan perkataan sombong dalam bahasa Melayu.
- Peminjaman bahasa asing berlaku disebabkan pertembungan budaya seperti perniagaan, peperangan dan penjajahan, penghijrahan, pendidikan dan penyebaran agama.
- Unsur-unsur daripada bahasa asing yang diambil oleh bahasa Melayu termasuklah bunyi, tulisan, imbuhan, kosa kata, istilah, peribahasa dan struktur ayat.
2. Bahasa Sanskrit
- Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku ketika zaman bahasa Melayu kuno iaitu abad ke 7 hingga ke 13. Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India dan sami serta pendeta agama Hindu dan Buddha.
- Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam kosa kata bahasa Melayu:
Bahasa, bicara, guru,cinta duka, merdu, setia, bahu, kepala, lidah, senja, permata, emas, keranda,ayah,isteri ,janda, suami, menteri, dosa pahala,asmara, bahaya, rahsia, bumi, cahaya, suria, tanah, melor, seroja, hari, masa.
- Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam imbuhan bahasa Melayu:
Eka, dwi, maha, pra, swa, tata, tuna, wan, man, wait, nita.
- Pengaruh bahasa Sanskrit terhadap bunyi bahasa Melayu:
Bunyi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit sperti /dw/, /sw/, /sy/
3. Bahasa Arab
- Pengaruh bahasa Arab meresap ke dalam bahasa Melayu dengan kedatangan Islam ke alam Melayu oleh pedagang dan pendakwah Arab.
- Proses pengislaman orang Melayu berjalan lancer kerana apabila pihak istana memeluk islam maka rakyat jelata akan mengikutinya.
- Proses pengislaman bukan sahaja mengubah kepercayaan agama, tetapi juga memberi kesan kepada budaya, sastera dan bahasa orang Melayu.
- Pengaruh bahasa Arab lebih dominan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Sanskrit kerana bahasa Arab banyak mempengaruhi bab-bab berkaitan hokum.
a. Pengaruh bahasa Arab terhadap tulisan bahasa Melayu:
Pengaruh bahasa Arab yang terpenting ialah terciptanya tulisan jawi. Tulisan jawi yang diambil daripada aksara Arab dan ditambah dengan 6 huruf digunakan dalam tulisan untuk bahasa Melayu. Dengan adanya tulisan jawi, maka karya sastera islam, kitab agama dapat dihasilkan dalam bentuk tulisan.
b. Pengaruh bahasa Arab terhadap kosa kata bahasa Melayu
Kosa kata bahasa Arab banyak terdapat dalam bahasa Melayu terutama bagi membicarakan hal-hal agama dan bidang lain:
Doa, hadis haji, koblat, murtad, rukuk, hisab, ilmu, sejarah, soal, tarikh, akal, faham, fakir, halal, haram, zalim, akad, fitnah hormat, kaum, kerabat, maaf, salam sedekah, tahniah,akhirat, alam, haiwan, dunia, wajah, wujud,roh.
c. Pengaruh bahasa Arab terhadap struktur ayat bahasa Melayu
Pengaruh bahasa Arab dalam struktur ayat bahasa Melayu terlihat menerusi penggunaan ayat songsang dan ayat pasif. Dalam bahasa Arab struktur ayat dimulakan dengan kata kerja (fi’liah) dan apabila diterapkan ke bahasa Melayu akan menjadi ayat songsang:
Duduklah dia di atas bangku itu sambil menyiapkan kerjanya.
d. Pengaruh bahasa Arab terhadap bunyi bahasa Melayu
Bahasa Arab turut mempengaruhi bunyi dalam bahasa Melayu:
/dh/ : dhaif, dharab, hadhirat, haidh
/dz/ : dzahir, dzuhur, dzalim, adzab
/f/ : fajar, fakir, daftar, kafir, arif
/gh/ : ghaib, ghairah, loghat, maghrib
/kh/ : khasiat, khidmat, akhbar, tarikh
/q/ : qadak, qadar, qunut, baqa, wuquf
/sy/ : syarat, syiar, asyik, masyarakat, nusyuz
/th/ : thabit, thalatha, ithnin, bahath, hadath
/z/ : zikir, zuriat, bazir, khazanah,
e. Pengaruh bahasa Arab terhadap imbuhan bahasa Melayu
Terdapat 6 imbuhan dan akhiran bahasa Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
-ah : muslimah, hajah, qariah, ustazah
-at : hadirat, mukminat, muslimat
-I : abadi, amali, azali, insani, mithali
-iah : alamiah, batiniah, jasmaniah, lahiriah
-in : hadirin, mukminin, muslimin, musyrikin
-wi : duniawi, maknawi, nabawi, ukhrawi
4. Bahasa Parsi
- Seperti bahasa Arab, pengaruh bahasa Parsi dalam bahasa Melayu dikaitkan dengan kedatangan Islam ke alam Melayu.
- Kebanyakan pengaruh bahasa Parsi lebih tertumpu dalam lapangan kesusasteraan dan gelaran raja-raja dan adapt pertabalan sepertiSyah, nobat dan sebagainya.
- Antara kosa kata bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah:
Agar, andai andam,bahari, baju andam, banjir, beriani, cokmar, dewan, gandum garam, istana, juadah, kamar, kahwin, kelasi, kebab, laksa, nakhoda, nisan, pinggan seluar, takhta, seruling, pelana, pahlawan, lawak, pesona, piala.
- Imbuhan bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah imbuhan bi yang bermaksud tidak seperti biadab (tidak beradab), bitara (tiada tara)
5. Bahasa Jawa
- Penyebaran bahasa Jawa ke alam Melayu berlaku ketika pemerintahan kerajaan Majapahit melalui kesusasteraan jawa iaitu cerita panji, selain penghijrahan orang-orang Jawa kea lam Melayu.
- Antara kosa kata Jawa yang terdapat dalam bahasa Melayu:
Adegan, awet ayu, bagus, beres, calon, duda, enak, garing, gembleng, kaget, keringat, keruan, ketara, kiai, lakon, lapor, lontong, lumayan, lumrah, lurah, matang, pamer, perabot, prihatin, rawat, saring, sering, tulen.
6. Bahasa Cina
- Oleh sebab kebanyakan orang Cina yang dating ke Tanah Melayu berasal dari daerah selatan (Hokkien dan Canton), maka kebanyakan kosa kata yang dipinjam berasal dari dialek bahasa daerah tersebut.
- Antara kosa kata bahasa Cina dalam bahasa Melayu ialah:
Camca, pongkes, cawan, teko, beca, abah, amoi, apek, encik, tauke, bohsia, beng, suun, kuaci, lobak, tauhu, tocang, gincu, amah, pisau, tong, loceng kicap, laici, cincau, dacing, kuih mihun, pau, cat, inci, sampan, tauge.
7. Bahasa Tamil
- Jumlah bahasa Tamil dalam bahasa Melayu agak sedikit.Sebahagiannya pula merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu bahasa Tamil yang dipinjam daripada bahasa asing kemudian dipinjam pula oleh bahasa Melayu.
- Antara bahasa Tamil yang dipinjam ke dalam bahasa melayu ialah:
Ceti, kapal, kedai, mempelam, bagai, kawal, modal, kolam, ayah, kakak, apam, canai, ceut, coli, gudang, gerudi, guni, ketumbar, kuli, nelayan, nilam, sami, ragam, tali, tembikai, emak, jodoh, kari, pondan, pinggan.
8. Bahasa Inggeris
- Pengaruh bahasa Inggeris mula bertapak ke dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-18, iaitu bermulanya penjajahan Inggeris.
- Pengaruh bahasa Inggeris begitu dominant dan menguasai bahasa Melayu terutama dalam bidang ekonomi, pentadbiran, dan masyarakat disebabkan oleh beberapa factor:
a. dasar penjajah yang lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.
b. bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi oleh penjajah Inggeris
c. Pendidikan Inggeris mempengaruhi penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu.
d. peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa
e. sikap orang Melayu sendiri yang lebih mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.
i. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap kosa kata bahasa Melayu
- Bahasa melayu banyak meminjam kosa kata bahasa Inggeris bagi meningkatkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi.
ii. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap peribahasa bahasa Melayu
work load - beban kerja
honey moon - bulan madu
film star - bintang filem
black and white hitam putih
iii Pengaruh bahasa Inggeris terhadap imbuhan bahasa Melayu
anti kemajuan, anti penjajah, anti-Inggeris, automatic, autimobil, makroekonomi, mikroekonomi,monopoli, multimedia, poligami, prokerajaan, subtajuk, supranasional, ultrabunyi, klinikal, defendan, geografi, kaunter, detektif, automatic, artis, Zionisme, kronologi, koleksi, mentality, editor.
iv. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap system tulisan bahasa Melayu
- Apabila bahasa Inggeris menguasai bahasa Melayu, maka tulisan rumi telah diterima dan menggantikan tulisan jawi dan akibatnya, tulisan jawi semakin terpinggir.

Monday 14 July 2014

Fungsi Bahasa Melayu Klasik

MINGGU 4
Tutorial 2

14.07.2014


Bahasa Melayu Klasik memaainkan peranan/fungsi yang sangat besar pada zaman keagungannya dulu. Dalam hal ini, bahasa melayu klasik telah berfungsi sebagai bahasa perantaraan (lingua franca), bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa undang-undang, dan bahasa persuratan.


1. Bahasa melayu klasik sebagai lingua franca

  • sebagai lingua franca di alam melayu pada abad ke-16 dan dibuktikan daripada Daftar Kata Melayu-Itali
  • memudahkan urusan perdagangan pada masa tersebut
  • merupakan bahasa yang paling dihormati antara bahasa negeri Timur yang lain

2. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa pentadbiran
  • menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan
  • digunakan oleh kebanyakkan kerajaan untuk tujuan surat menyurat dalam kalangan raja di kepulauan melayu
  • bahasa melayu klasik juga digunakan dalam surat-surat izin perniagaan kepada pihak asing khususnya pedagang.
3. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa ilmu
  • semasa zaman kerajaan Acheh memperlihatkan cendekiawan melayu menghasilkan karya ilmu dalam tulisan bahasa melayu klasik
  • di Acheh, bahasa melayu digunakan dalam penulisan ilmu tasawuf dan falsafah islam
  • tokoh penulis pada zaman tersebut seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani dsb
  • karya-karya ilmu agama Islam yang wujud ketika itu seperti Syarab al-AsyikinMiratul Mukmin,Al-Siratul Mustaqim dan dsb
4. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa undang-undang
  • undang-undang digubal oleh penulis-penulis di istana atas arahan raja
  • dalam naskah undang-undang melayu lama dibicarakan tentang aspek perlembagaan berkaitan kedudukan raja dan pembesar, undang-undang jenayah, perdagangan, pertanian dan dsb
      Antara naskah undang-undang yang ditulis dalam tulisan melayu klasik:
       (i)    undang-undang Melaka
       (ii)   undang-undang Pahang
       (iii)  undang-undang Perak
       (iv)  undang-undang Johor

5. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa persuratan
  • peranan tersebut terbukti apabila terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa melayu
  • karya-karya klasik tersebut berperanan untuk menguatkan semangat rakyat dalam peperangan, misalnya Hikayat Muhammad Hanafiah
  • karya-karya yang ditulis juga menjadi sumber hiburan kepada rakyat bagi meredakan tekanan dan merehatkan fikiran mereka


Tuesday 8 July 2014

BAHASA MELAYU KLASIK VS BAHASA MELAYU MODEN DARI SEGI TULISAN

MINGGU 3
Tutorial 1
07. 07. 2014 


BAHASA Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat berkembang di Nusantara. Oleh itu, bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara.
Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511), kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau. Bahasa klasik ini lebih jelas berbanding dengan bahasa kuno. Sebelum memasuki zaman Bahasa Melayu klasik,Bahasa Melayu telah mengalami satu zaman transisi yang dikenali sebagai Zaman Melayu Praklasik. Aksara digunakan pada zaman ini adalah skrip kawi. Abad ke-11 hingga abad ke-14.



aksara kawi


  • Pengaruh Islam dan Arab terhadap Bahasa Melayu amat ketara pada masa tersebut.  
             -budaya
             -tulisan



SUMBER
Penggunaan bahasa ini dapat dikenal pasti daripada beberapa sumber, iaitu batu bersurat, karya sastera dan agama, dan surat rasmi raja Melayu. 

.a. Batu Bersurat
Batu bersurat penting zaman ini ialah batu bersurat Kuala Berang. Batu ini ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, bertarikh 22 Februari 1303 Masihi, bersamaan dengan 4 Rejab 702 Hijrah. Kandungannya tentang perintah dan undang-undang Islam yang dikenakan terhadap rakyat dan pemerintah.


b. Karya Sastera dan Agama
Pada zaman Melaka, karya sastera yang penting ialah Sejarah MelayuHikayat Hang TuahHukum Kanun Melaka, dan Undang-undang Laut Melaka.


Ketika zaman Aceh, muncul karya sastera bercorak tasawuf, syair sufi, falsafah, dan ketatanegaraan. Antara karya yang penting ialah Syair DagangSyair Burung PingaiSyair Burung Pungguk, dan Syair Perahu karya Hamzah Fansuri; karya agama, Mirat al-Mukminin, dan Miratul Iman oleh Shamsuddin al-Sumaterani; Siratul Mustaqim, dan Bustan al-Salatin karya Syeikh Nuruddin al-Raniri; serta Mirat al-Tuluh karya Abdul Rauf Singkel.


Di Pulau Penyengat, Johor-Riau, muncul karya dalam bahasa klasik karangan Raja Ali Haji, antaranya Kitab Bustan al-Katibin (1857), Pengetahuan Bahasa(1859), Salasilah Melayu dan Bugis (1865), dan Tuhfat al-Nafis (1865).


Karya lain dalam bahasa Melayu klasik ialah Hikayat Raja-raja PasaiHikayat Merong MahawangsaHikayat Bayan BudimanMisa MelayuHikayat Negeri JohorKisah Pelayaran AbdullahHikayat Anggun Cik TunggalHikayat Awang Sulung Merah Muda, dan Hikayat Panji Semirang.




c. Surat Rasmi Raja Melayu
Surat raja-raja Melayu ini bertulisan Jawi dan dikirim kepada orang-orang Eropah atas urusan rasmi kerajaan.


Antara surat tersebut ialah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate kepada raja Portugal (1521 Masihi dan 1522 Masihi); surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada nakhoda Inggeris (1602 Masihi); surat Sultan Alauddin Shahkepada Kapten Harry Middleton (1602 Masihi), dan surat daripada Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat Aceh kepada King James I, England (1615 Masihi).


CIRI
Daripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat mengenal pasti beberapa ciri utama bahasa tersebut.

1. Huruf dan perkataan
a. Penggunaan huruf Jawi.
Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain untuk mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu cangagapa, dannya.


b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam.
  • Allah taala
  • daulat
  • wallahualam
c. Penggunaan bahasa istana:
  • beradu (tidur)
  • bersiram (mandi)
  • gering (sakit)
  • santap (makan)
d. Terdapat kosa kata klasik
  • berahi (cinta)
  • ceritera (cerita)
  • masyghul (sedih)
e. Penggunaan kata pangkal ayat
  • adapun
  • alkisah
  • arakian
  • hatta
  • maka
  • sebermula
  • syahadan

2. Sintaksis

a. Penggunaan ayat majmuk – ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan kata hubung.


b. Terdapat ayat susunan songsang 

c. Penggunaan ayat pasif.

Contoh penggunaan bahasa Melayu klasik dalam karya sastera:

"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara."



PERBEZAAN ANTARA BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU MODEN


BAHASA MELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU MODEN

1.    TIADA PERANCANGAN BAHASA
2.    BANYAK DIPENGARUHI OLEH BAHASA ARAB
3.    MENGGUNAKAN LARAS BAHASA SASTERA LAMA
4.    BANYAK MENGGUNAKAN AYAT PASIF DAN AYAT SONGSANG
5.    BANYAK MEMANFAATKAN BAHASA ISTANA
6.    AYAT BERULANG DAN BERBELIT-BELIT
1.MELALUI PROSES PERANCANGAN BAHASA YANG PESAT
2.BANYAK MENERIMA PENGARUH BAHASA INGGERIS
3.MENGGUNAKAN LARAS BAHASA YANG PELBAGAI
4.BANYAK MENGGUNAKAN AYAT PASIF
5.BANYAK MEMANFAATKAN KOSA KATA BAHASA MOD

SISTEM TULISAN DAN EJAAN BAHASA MELAYU KLASIK

Ø  Pada awal perkembangan, system tulisan yang digunakan masih menampakkan pengaruh kebudayaan India.
            a. Batu Bersurat Pagar Ruyung ( 1356M )
            b. Batu Bersurat Minye Tujuh ( 1380M )
Ø  Namun apabila kebudayaan Islam bertapak di Kepulauan Melayu, tulisan pada batu-batu bersurat mula menampakkan perubahan
Ø  Pada mulanya, Bahasa yang digunakan merupakan bahsa Arabdan tulisan Arab Kufi
Ø  Bukti pertama yang menunjukkan tulisan Arab mula digunakan dalam Bahasa Melayu terdapat pada Batu Bersurat Terengganu/ Sungai Teresat ( 1303M )
Ø  Tulisan yang digunakan ialah tulisan Jawi

TULISAN JAWI

•      Sistem tulisan yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri
•       Ditulis dari kanan ke kiri dan tidak mempunyai huruf besar dan huruf kecil
•       Bentuk huruf-hurufnya akan berubah apabila ditulis secaratunggal atau berantai/bersambung
•       Dalam Daftar Ejaan Melayu  oleh Za’ba, jumlah huruf yang terdapat dalam  sistem ejaan Jawi ialah 33 huruf

TATABAHASA BAHASA MELAYU KLASIK
  •     Ciri-ciri tatabahasa melayu klasik dapat ditinjau daripada aspek penggunaan perkataanimbuhan, dan struktur ayat
  •     daripada askpek penggunaan perkataan, Bahasa melayu klasik banyak menggunakan Bahasa istana, kosa kata klasik, kata pangkal ayat, partikel penegas, dan kosa kata daripada Bahasa arab



TULISAN MELAYU KLASIK VS MODEN BAHASA MELAYU KLASIK

HURUF JAWI
SEBUTAN
PADANAN HURUF RUMI
ا
alif
a
ب
ba
b
ت
ta
t
ج
jim
j
س
sin
s

HURUF JAWI TAMBAHAN YANG DICIPTA OLEH ORANG MELAYU SENDIRI DALAM BAHASAMELAYU MODEN

•      Pa      ( ف   )
•      Nga   (   غ  )
•      Ga     ( ک   )
•      Nya   ( ث   )
•      Ca     (  چ   ) 

PENGGUNAAN BAHASA ISTANA DALAM MELAYU KLASIK         

Bahasa Istana
Bahasa Biasa
Santap
Makan
beradu
tidur
gering
sakit
bersiram
mandi
baginda
Dia, beliau

PENGGUNAAN KOSA KATA KLASIK DALAM MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Moden
Masyghul
Dukacita, sedih
Berahi
Cinta
Ceritera
Cerita
Kemaluan
Kehinaan
Keras
Kencang

PENGGUNAAN KATA PANGKAL AYAT BAHASA MELAYU KLASIK

  •  Penggunaan kata pangkal ayat ( perdu kata ) dalam Bahasa Melayu Klasik pula terlihat menerusi penggunaan kata-kata sepertiAlkisahHattaSyahadan, dan Arakian


KOSA KATA BAHASA ARAB BAHASA MELAYU KLASIK

  •       Penggunaan kosa kata daripada Bahasa Arab terlihat melalui pemakaian kata-kata Allah taalamakhdumdaulat, wallahualam, takzim, ainulbanat, dan sebagainya.


IMBUHAN AWALAN/ AKHIRAN/PARTIKEL –lah, -pun

Bahasa Melayu klasik
Bahasa Melayu Moden
Batu pun habis berpelantingan
Manusia-wi
Dibawa-lah
Sub-judul
Mesra-lah
Auto-mobil