..I AM MARIA MARIANA GERIEM.BORN ON 27 APRIL 1996.JUST CALL ME MAYA.I'M PROUD TO BE SARAWAKIAN.PENGANTAR BAHASA MELAYU.IPG KAMPUS PULAU PINANG.

Thursday 3 July 2014

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlulah mengetahui asal usul bangsa tersebut. Walaupun ada beberapa kajian terhadap asal usul bahasa Melayu telah dibuat, namun kata sepakat belum dicapai. dua pendapat menyatakan bahawa Bahasa Melayu berasal dari (utara)Asia Tengah dan ada juga pendapat menyatakan bahasa melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan Nusantara.

PENDAPAT 

R.H. Geldern-  menemui kapak tua(beliung batu) di hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze dan Hwang. Kapak yang sama turut beliau temui di kawasan Nusantara. Beliau berkesimpulan bahawa kapak tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

J.H.C Kern- beliau membuat kajian berdasarkan perkataan yang digunakan sehari-hari terutamanya tumbuh-tumbuhan, haiwan dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara juga terdapat di Madagaskar, Filipina dan Taiwan seperti perkataan buluh, rotan, pisang, ubi, nyiur dan pandan. Beliau berkesimpulan bahawa bahasa Melayu berasal dari satu induk yang ada di Asia. 


KONSEP BAHASA MELAYU
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iatu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.


SALASILAH BAHASA MELAYU

*Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
*Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.


ASAL USUL BANGSA MELAYU
1. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
2. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum
    Masihi)
3. Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak
    dan Batak di Sumatera.
4. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
5. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500
    Sebelum Massihi.
6. Keturunannya orang Melayu di Malaysia
7. Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
8. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
9. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
10. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
11. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
12. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca
daripada bahasa Austronesia ini.

bahan nota_kuliah 3 Julai 2014

No comments:

Post a Comment

Bagi lah KOmen.^_^